Social Icons

Pages

Friday, 28 August 2015

RESEPI BONDA : Sambal Kicap Istimewa



Sambal kicap boleh dikatakan menu istimewa untuk orang selatan seperti Melaka dan Johor..Kalau makan goreng pisang disana tidah sah jika tiada sambal kicap..terasa macam tak cukup je 'korum' nye tu..

Menu special ini biasanya dimakan bersama makanan yang berkuah seperti mee sup dan soto..Kalau tidak biasa, ia akan kelihatan janggal..Itulah keistimewaan orang melayu kita..

Saya kongsikan resepi membuat sambal kicap istimewa ini..Boleh dimakan dengan apa sahaja makanan untuk menambah selera..



Terliurkan...

Bahan - bahan


  • 3 biji bawang merah ( saya guna bawang goreng siap pun sedap )
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 biji cili api ( ikut tahap kepedasan yang diinginkan )
  • Kicap manis / masin ( ikut kesesuaian anda )
  • Gula
  • Garam

Langkah penyediaan

Hiris bawang merah ( guna bawang rose lebih sedap dan manis ) dan bawang putih seperti gambar di bawah..jika anda gunakan bawang goreng siap, tidak perlu lagi bawang merah..Buang tangkai cili..

Bawang merah, bawang putih dan cili

Goreng bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris tadi..Jangan sampai garing..Ingat tu..Jika anda gunakan bawang goreng, tidak perlu goreng lagi ok..Cili api juga digoreng jangan sampai garing..

Cili api digoreng , akan meningkatkan rasa dan aromanya..( boleh dikatakan petua orang tua )



Goreng bawang merah dan putih

Siap digoreng..jangan garing sangat ye..

Cili api digoreng
Kalau guna bawang goreng, tidak perlu digoreng lagi

Selepas digoreng, toskan minyak dan masukkan smua bahan-bahan tadi kedalam pengisar..masukkan kicap, garam dan sedikit gula..tidak perlu letak air ye..Kepekatan sambal bergantung kepada kuantiti kicap yang digunakan..Kisar sehingga hancur dan halus..Kemudian rasa, jika rasa tak cukup 'kick' tambah la ape yang patut..

Masukkan kicap

Perasakan gula dan sedikit garam

Kisar sehingga hancur dan halus

Siap sudah sambal kicap istimewa..simpan didalam botol bertutup dan letakkan di dalam peti sejuk untuk tahan lama..Boleh dah dimakan dengan apa sahaja menu untuk membangkitkan selera anda..

Simpan dalam bekas kedap udara

Sumber gambar dari Fb Puan https://www.facebook.com/Vell.Magnifique

Terima kasih.

Resepi ini telah diubahsuai dari yang asal..Selamat mencuba..


Sebarang pertanyaan, boleh la komen diruang komen ye..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blogger Templates